Sunday, 10 January 2016

Cara menggunakan induction cooker.

Hari nie ada masa sikit nak share dengan uolss macam mana cara menggunakan induction cooker.
Confirm ade yang rasa nak tergelak kan sebab ya Allah benda yang senang begitu pown tak kan lah tak tawu nak gunakan.

Ok benda nampak kelakar tapi kalau dah tersepit tak tawu nak guna memang meraba jugaklah kan.
Kadang-kadang orang perempuan nie memang jenisnye malas nak baca manual book yang dapat free dan berguna tue.

Pengalaman pertama i nak gunakan induction cooker memang failed. Kenapa failed? sebab tunggulah 30 minit tapi periuk tue tak panas-panas jugak and induction cooker tue dok berbunyik taknak berhenti macam mintak kena lempang. Al maklumlah bukan selalu masuk dapur sangat and selalu guna dapur gas. Kali nie nak trylah guna induction cooker yang dapat 4 tahun lepas masa lucky draw dekat office lama. Selama nie benda nie dok dalam box jea, sebab baru pindah umah i gunalah nak masak kengkononnye.

1. Langkah yang memula korunk perlu untuk guna induction cooker nie haruslah ada induction cookernye. FYI induction cooker nie dicipta untuk mengurangkan penggunaan gas. So xyahla mak mak, akak-akak, makcik-makcik nak angkot tong gas yang berat gabak if kehabisan gas. Sesuai dengan arus permodenan orang kata kan. Tong gas pown sekarang buat yang baru pindah umah takde tong tue sparelah RM 100++ nak membelinya. Kemain mahal tong gas pown sekarang eh.

Nielah rupanaya induction cooker yang i dapat masa lucky draw tue, sangatlah user friendly brand Electrolux nie.
 Tapi yang nie version keci punye untuk yang dah ade family tue belilah besar punye.


2.  Langkah kedua on kan lah switch yea. induction cooker nie ade banyak jenis, macam-macam jenama. If yang macam i pakai nie bagus sebab tak complicated. On switch pastu i pusing jea ikot nak kepanasan macam mana and also got timer. Tapi ikotlah mana yang mudah. Ada sesetengah jenama lain, ia banyak button and boleh lah follow setiap button sesuai dengan benda yang nak dimasak.


3.  Langkah ketiga nak gunakan induction cooker nie, INI PENTING!!!! make sure awak semua belilah kuali, periuk or etc yang BETOL. I main taram jea sebab ingatkan boleh pakai ape jenis saje. Selalunya induction cooker nie memang didatangkan dengan seketol periuk tapi kotlah nak goreng telur pakai periuk besar tue. Cara pemilihan periuk i bagi contoh kat gambar bawah. Make sure pilih periuk yang betul, if not tunggulah 8 tahun memang tak panas and induction awak semua akan memekak berbunyi  tak berhenti sebab tak dapat detect. Nak kenal periuk yang boleh digunakan senang jea tengok dekat bontot periuk tue ade macam bulatan or ape saje yang menandakan ia sesuai untuk induction cooker. Nak senang tanya lah pada promoter yang ada. 






4. Gunakan induction cooker perlu jaga makanan yang dimasak betol-betol sebab kepanasan induction cooker if tak dikawal habis hangus tiada penyesalan makanan anda. Menangis pown tidak berguna lagi. Ok tue pakai dapur gas pown sama jugak if sambil masak dok fb-ing , ig-ing and etc terbakar gak dapur tue kang.


Itu saje tips yang for me agak berguna jugak sebab taklah menggelabah kang rasa induction cooker yang baru dibeli rosak and nak pulang kedai. Relex and jangan lah menggelabah. Follow jea semua step dekat atas nescaya anda akan berjaya melalui fasa tidak bengap menggunakan induction cooker. Sekian.



-Kita matang dengan pengalaman bukan umur-

Thursday, 7 January 2016

Tahun Baru 2016



Happy new year 2016.

Tak banyak yang nak diharapkan untuk tahun penukaran angka 28 tahun ini.
Cuma mengharapkan tidak di bawa segala permasalahan di tahun 2015 yang lalu.
Semoga tahun ini di izinkan Allah untuk menukar status single supaya berteman dengan yang halal.
Jodoh itu rahsia Allah,mati itu rahsia Allah, rezeki juga rahsia Allah.


Loving can hurt
Loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know
When it gets hard
You know it can get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel alive


-WE ENCOURAGE EACH OTHER TO GROW-

Sunday, 6 December 2015

Terlalu Rindu

Assalamualaikum...
Entry Pertama di bulan December 2015.
Terlalu rindu mencoret di dinding maya, 
Terlalu rindu berkongsi rasa bersama,
Terlalu rindu terbuka lama,
Terlalu rindu ahhh!!! Aku masih manusia yang sama.


"Cuba padamkan lampu, lihat apa yang kau mampu, juga bisa aku bantu.
Setiap kerinduan tak dapat ditiupkan walaupun lembut bayu" 
- Eleena Harris


Ok, habis madah pujangga di atas. Tiba-tiba lagu terlalu rindu macam sesuai untuk entry pertama. Masih lagi si tukang tulis bernama Wahida Idris. Cuma blog bertukar rumah. Ya Ampuunnn blog lama kite udah ngak bisa di aktifkan. Jadi biar saja ia terhenti setakat yang ditulis. Kita buka lah buku baru. Semoga berbaki kerajinan untuk terus menulis di sini, hari ini dan hari-hari akan datang. 

Esok Monday. Harapnya tiada blues di hati. 
Switch off lampu bilik. Oyasumi Nasai and bye!!



The only person you need in life is the person who proves they need you in theirs.